GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA

    Author: Ezzedin Al-Qassam's Genre: »
    Rating

    GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA

    1. MAKAN PELBAGAI JENIS MAKANAN

    i) Tidak terdapat satu jenis makanan yang dapat membekalkan kesemua
    jenis zat makanan yang anda perlukan.
    Semua makanan dapat memberikan beberapa jenis zat makanan dan
    menyumbang kepada rasa, bau, warna, tekstur dan kenikmatan kepada
    sesuatu sajian. Setiap jenis makanan mempunyai gabungan karbohidrat,
    lemak, vitamin dan mineral yang berbeza. Terdapat sesetengah makanan
    yang mempunyai zat makanan tertentu yang lebih berbanding dengan
    yang lain. Serat makanan hanya boleh diperolehi daripada tanam-tanaman.
    Makan pelbagai jenis makanan dapat menjamin badan kita mendapat zat
    makanan yang diperlukan. Makanlah sedikit daripada setiap jenis makanan
    tetapi tidak terlalu banyak daripada hanya satu jenis makanan sahaja. Tidak
    ada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas sebab-sebab
    kesihatan yang tertentu.

    ii) Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan yang berasaskan
    Piramid Makanan.
    Makanan dikelompokkan mengikut kandungan zat - zat makanan utama
    dan fungsinya. Ada 5 kelompok atau kumpulan utama makanan yang
    ditempatkan di aras-aras tertentu dalam Piramid Makanan. Ini membantu
    kita mengimbangkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam
    sajian atau diet harian kita.

    iii) Makanlah dengan tetap.
    Melangkau sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak
    terkawal. Ini akan menyebabkan kita makan makanan dengan berlebihan pada
    waktu makan yang berikutnya. Apabila kita lapar, kita biasanya akan terlupa tentang
    pemakanan yang baik. Mengambil snek di antara masa-masa makan boleh
    menghindarkan kita daripada kelaparan tetapi jangan makan terlalu banyak
    sehingga snek tersebut menjadi salah satu hidangan makanan (meal) kita.

    Elakkan diri daripada tidak mengambil sarapan pagi, tidak makan atau
    makan tengah hari sedikit sahaja dan makan malam dengan banyak.
    Amalan yang baik ialah mengambil sarapan pagi, makan tengah hari dan
    makan malam. Jika anda mengambil bahagian (portion) makanan yang
    munasabah, maka tidak ada masalah bagi anda untuk makan makanan
    yang anda mahu dan mengekalkan berat badan yang sihat.

    2. IMBANGKAN MAKANAN YANG DIMAKAN DENGAN AKTIVITI FIZIKAL

    i) Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
    Semakin tua umur kita semakin kurang keperluan kalori. Jika anda aktif
    semasa kerja (dari segi fizikal) seperti buruh, petani dan kerja-kerja berat
    yang lain atau terlibat dalam kegiatan sukan dan permainan dengan tetap,
    anda perlu makan dengan lebih banyak. Kaum lelaki biasanya memerlukan
    lebih banyak kalori berbanding dengan kaum wanita.

    ii) Capai dan kekalkan berat badan idaman.
    Mengekalkan berat badan sihat membantu mencegah masalah kesihatan
    dan memberi imej tubuh yang lebih baik. Terlalu kurus atau terlalu
    gemuk meningkatkan risiko masalah kesihatan.

    3. PILIHLAH MAKANAN YANG BANYAK MENGANDUNGI BIJIRIN DAN KEKACANG

    i) Sumber utama tenaga harus diambil daripada bijirin penuh.
    Bijirin penuh (wholegrain cereals) mengandungi karbohidrat kompleks dan serat
    yang tinggi. Serat daripada bijirin membantu mencegah sembelit di samping dapat
    membekalkan protein, vitamin jenis B dan beberapa jenis mineral yang penting. Contoh bijirin ialah nasi, hasil bijirin, pasta dan mi.

    ii) Kacang kering,
    kekacang adalah sumber serat dan protein yang baik. Kacang kering dan kekacang seperti kacang
    dhal, kacang merah, kacang hijau dan kacang hitam adalah sumber protein dan serat yang
    baik.
    Makan pelbagai jenis makanan berserat adalah sangat baik untuk
    melawaskan saluran najis (bowel). Makanan berserat juga boleh mencegah
    sembelit, penyakit usus dan buasir dan mungkin juga boleh mengurangkan
    risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

    Leave a Reply

    Blogger templates

    Blogger news

    Blogroll

    Sila Klik!!