Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, July 09, 2009

Tutorial Scrool Text /Text Bergerak

Salam... Pertama sekali aku mintak maaf banyak-banyak kepada sahabatku syeikh yusof, kerana lambat buat entry baru tentang tulisan bergerak..sori bebanyak yer..coz maklum ler bila pindah kat sekolah baru ni banyak ciket kejenya..ni pun baru siap print soalan Bahasa Arab Tahun 3 untuk ujian bulan yang ke-2..Syukran syeikh Yusof kerana uploadkan soalan Bahasa Arab tu..Oklah kita straight to the point tentang cara-cara untuk buat tulisan bergerak ni..

1. Kotak Blogroll Model Textarea

begini cara untuk membuatnya :

Pasang code berikut ini di kedalam element blog (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)

#link1

#link2

#link3

#link...

keterangan skrip di atas:
- Kod width: 200px; dan height: 200px; adalah ukuran lebar dan panjang kotak, anda boleh mengubahnya dan menyesuaikanya dengan ukuran yg anda suka.
- Ganti tulisan "#link1,#link2, #link3 dst" dengan daftar link-link anda, oh ya itu juga boleh diisi dengan banner link.
- Jika anda ingin daftar link-linknya menjadi berturutan , maka hilangkan kode

2. Kotak Blogroll Model Marquee

Kotak ini juga mampu menampung banyak link dalam tempat yang sempit. Namun kotak blog roll ini berbeza dengan kotak yg diatas, kerana kotak yang ini tidak memiliki rollbar (yg biasanya disebelah kanan terus ditarik keatas kebawah itu ). Link-link atau isi didalam kotak ini akan bergerak/berjalan, cara vertikal atau horizontal. Ok begini cara membuatnya:

Pasang code berikut ini di kedalam element blog (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)

<MARQUEE align="center" direction="up" height="100" scrollamount= "2" onmouseover='this.stop()' onmouseout='this.start()' width="95%" >

#link1

#link2

#link3

#link...

</marquee>

Keterangan skrip :

- Kod "up" itu menunjukan arah pergerakan, anda boleh menggantinya dengan down, left, right .
- Jika andas menggantinya dengan pergerakan horizontal (left atau right) maka hilangkan kod

- Angka "100" menunjukkan tinggi dari kotak blogroll anda. Semakin banyak angkanya maka semakin tinggi pula ukuran blogroll.

3. Ini adalah cara yang terakhir (sama seperti dalam blog Sk Seri utama)

Pasang kod ini di kedalam element blog (Page Elements --> Add a Gadget --> HTML /Javascript)

<marquee onmouseout="this.start()" direction="up" align="center" behavior="scroll" scrollamount="2" onmouseover="this.stop()" scrolldelay="10"

height="200" width="100%">

Tajuk

Text Disini

Tajuk

Text disini

</marquee>

Keterangan Skrip:

1. Sila tukar/gantikan perkataan'Tajuk' dan 'Text Disini' dengan ayat/text anda sendiri.

Selamat Mencuba...Wassalam

Hantu Michael Jackson !! Betul Ke??

Salam, dalam entry kali ni saya nak berkongsi sedikit info yang saya dapat semasa melayari laman Youtube..semasa dok pilih video yang sesuai untuk PnP terjumpa lak beberapa video tentang Michael Jackson yang menceritakan tentang kewujudan HANTU michael Jackson eiii...Betul ker..?? so tengoklah yer...

Video di ambil semasa temuramah dengan CNN

Penjelasan oleh CNN mengenai video tersebut

Saturday, July 04, 2009

Solat Di Usia 7 Tahun Serta Keagungannya

Assalamu`alaikum wr wbk
Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu
mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila
mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
=> Mengapa 7 tahun?
=>7 tahun awal sangat anak-anak tak tahu apa-apa...
=> Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
=> Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak
solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak
sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah
didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun.
Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan:
“Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”
Insya-Allah, melalui entry saya kali ini akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan
bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan
mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.MENGAPA Kita “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu
solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana
wajah indah adalah “taqwa”.Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
->KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk
sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu
hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
->KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
-> KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
-> KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
-> KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat
sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan
membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.
Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7
tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?
Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia)
telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah
yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan
mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.
Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap
pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun

Sekarang saya nak mengupas pula berkaitan dengan dalil-dalil dari kitab suci Al-Quran

-> Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan
manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
->Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
->Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan
di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-
Israa’ 17:70)

->Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang
Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat
engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau
disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Saya juga yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar
ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran

->Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
-> Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
-> Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya
manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
-> Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
-> Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
-> Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra
17:9)

KANAK-KANAK MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu
memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
-> FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
-> YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
-> RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
-> AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
-> SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa
syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT-SEDIKIT & BERTAHAP-BERTAHAP
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan
pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha
pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas
pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu
dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan

SEPERTI BERIKUT:-

DALAM RAHIM IBU--->TAHAP 1(lahir)--->TAHAP 2--->TAHAP3--->TAHAP4--->TAHAP5--->TAHAP 6--->TAHAP 7(Usia 6---7 tahun)

Baiklah, Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selapas usia 7 tahun.
Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna
penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua
ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-
Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya
dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan
hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan
barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu,
anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya
sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis,
melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik,
senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya...

Akhir sekali beruntunglah anak-anak sekarang kerana apabila masuk ke sekolah..mereka akan di ajar menunaikan solat melalui KEM BESTARI SOLAT yang di kendalikan oleh j-QAF di setiap sekolah...Wallahu a'lam..

ruj: Mansor Hj Sukaimi Neptune Court 24 April 2003 "anak-anak cerdik"

Thursday, July 02, 2009

Tugasan Pertama Di SKBR

Alhamdulillah dalam entry kali ni , ana nak berkongsi sedikit mengenai tugasan pertama ana , sepanjang 3 minggu ana di SKBR... Tugasan pertama ana di sini adalah menyiapkan e-laporan 6 bulan pertama untuk tahun 3, Alhamdulillah..tugasan tersebut dapat disiapkan dengan jayanya..dan di serahkan kepada ustaz hanif untuk di semak...dan di hantar ke PPD

Pindah Oh Pindah !.....

Tanggal 15 Jun 2009 , bermulalah lembaran baru dalam sejarah perkhidmatanku, permohonan tukarku telah diluluskan dan aku di tempatkan di SK Bandar Rinching. Pada mula-mula penempatanku adalah di SK Seri Utama Sungai Besar, aku bertugas disana selama lebih kurang 4 tahun setengah berjauhan dari anak dan isteri tercinta adakalanya ku berulang alik dari rumah ke sekolah yang memakan masa perjalanan selama 2 jam.
Aku bertolak seawal 4.30 pagi...yang mana, insan lain sedang lena di ulit mimpi..sedangkan aku bersengkang mata drive kereta menuju ke tempat kerja...semuanya aku lalui dengan tenang, Alhamdulillah kini aku boleh menarik nafas lega, kerana segala pengorbanan dan kesabaran aku selama ini di beri ganjaran oleh Allah S.W.T dengan menempatkan aku di sekolah yang hampir dengan anak dan isteriku...Alhamdulillah sekali lagi ku lafazkan ....Syukurku tidak terhingga kepada Allah S.W.T
SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KU RAKAMKAN BUAT :-

-----> SELURUH WARGA SK SERI UTAMA SG. BESAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...