Assalamualaikum...sorilah kawan-kawan coz lama tak update blog ini, dalam entry ana kali ni, nak story sikit tentang aktiviti pada minggu lepas.
Pada hari sabtu lepas ana dan family telah pergi ke Pulau Pangkor coz menghadiri sambutan Hari Keluarga pejabat isteri,(Kementerian Pelajaran Malaysia) . kami bertolak seawal jam 7.30 pagi dengan menaiki kereta secara konvoi melalui sabak bernam sampailah ke Jeti Lumut. Jam 12.40 kitaorang tiba di Jeti Lumut dan menaiki feri untuk ke seberang. kira-kira jam 2.30 petang kami sampai di resort tempat kami akan menginap, kira berpatutanlah juga harganya dalam Rm95 untuk semalaman. so, pada petang tu kitaorang buat aktiviti bebas(tido laa..penat)
pada sebelah malam pula cadangnya nak buat BBQ tapi lain yang di plan,lain lak jadinya..so terimalah ape yang ada..hehehe..seperti biasalah aku sorang je yang namanya ustaz kat situ..so memang dah jadi rutin seorang ustaz(baca Doa)lah...:) selepas menikmati hidangan ...kami dihidangkan pula dengan acara Karaoke...adusss...ni yang tak syok ni...memang ana dah cakap awal-awal lagi kitaorang tak nak nyanyi..so, jadilah pendengar yang tak berapa setia..hihihi...
Kami bertolak pulang pada jam 2.00 petang dan sampai rumah pada jam 10 malam..dalam perjalanan pulang tu kami singgah di teratak Akh Burhanuddin.saje ziarah dia.. Ala kullihal...hari keluarga pada tahun ni memang syok... Terima kasih kepada...Mr Raja,En.Azmi,En.Zarul dan lain-lain lagi....Wassalam
salam,, saya rasa seorg kawan sy bernama Nurul Huda (pgntin baru) ada kt jabatan nie,,
ReplyDeleteWassalam.. Nurul Huda satu Ofis dengan isteri saya , tapi dia audit KPT..Awak Ni Kawan Belajar dia ke?
ReplyDelete