Bagi anda yang meminati cerita ini, sudah tentu tidak ketinggalan melihatnya di Tv3, kat sini saya sediakan sedikit sinopsis cerita hebat ini, insyallah kalau berkesempatan saya akan upload sedikit video Nur Kasih ini.
Sinopsis:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.
Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.
Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.
Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.
Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini? kita sama-sama melihatnya di tv3
============================================================
Episod 17
Nur Amina mengambil keputusan tidak mengikut Adam pulang ke Malaysia untuk mencari ketenangan sebelum membuat keputusan untuk perkahwinan mereka.
Adam meneruskan kehidupannya tanpa Nur Amina. Setiap hari, Adam akan menghantar email kepada Nur Amina untuk memberitahu tentang kehidupannya.
Aidil membantu ibu Aliya membuat kerja amal untuk sebuah pertubuhan. Datuk tertawan dengan sikap Aidil dan menawarkan Aidil untuk bernikah dengan anaknya iaitu Aliya
Episod 16
Adam dan Nur Amina bertemu dan Adam bertanya kepada Nur Amina tentang keputusan Nur Amina. Nur Amina masih tidak dapat memberi kata putus kepada Adam tetapi menunaikan permintaan Adam untuk bersama – sama ke Masjidil Haram.
Hajjah berdoa di Jabal Rahmah supaya Aidil bertemu dengan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Ketika Aidil ke kedai buku di Mekah, Aidil bertemu dengan seorang wanita yang bernama Aliya. Aidil telah jatuh hati pada Aliya.
Episod 15
Nur Amina membawa diri ke Jeddah dan bekerja di sana dengan seorang wanita bernama Ummu Majid.
Aidil dan Adam datang ke Mekah membawa Hajjah untuk menunaikan ibadah umrah. Di sana, mereka bertemu semula dengan Nur Amina. Nur Aminacuba melarikan diri tetapi Aidil cuba menghalang dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Adam selepas pemergian Nur Amina.
Adam juga telah memberitahu perkara yang sebenar kepada Imam Abu Bakar dan Mak Ani keadaan sebenar yang berlaku diantara dia dan Nur Amina.
Episod 14
Sarah pura – pura sakit dan memanggil Aidil datang ke rumah Nabila. Sarah memasang perangkap tatapi tidak menjadi apabila Nabila pulang sebelum Aidil tiba di rumah Nabila.
Hubungan Nur Amina dan Adam kembali pulih sedikit demi sedikit. Nur Amina sudah mulai menerima kehadiran Adam dalam hidupnya.
Sarah cuba menghasut Aidil dengan menceritakan tentang perasaan Aidil kepada Nur Amina suatu ketika dahulu. Nur Amina terkejut apabila mengetahui bahawa Adam sudah berkahwin lain ketika di Australia.
Episod 13
Nur Amina perlu meneliti projek di luar Bandar. Tanpa diketahui olehnya, Adam terpaksa mengantikan tempat bosnya disaat – saat akhir. Nur Amina terkejut melihat kehadiran Adam di resort.
Adam cuba membaiki hubungannya dengan Nur Amina. Pada masa yang sama, Dato’ Hamzah yang merupakan client mereka mempunyai hati pada Nur Amina. Adam cemburu melihat keakraban mereka.
Sarah mencari Aidil sehingga ke Kuala Lumpur kerana mengetahui bahawa Aidil berada di rumah Adam.
Episod 12
Nur Amina memulakan pekerjaannya. Tanpa diketahui, Adam juga turut bekerja di pejabat yang sama dan Adam merupakan kawan baik kepada bosnya.
Keadaan Katrina semakin teruk. Aidil menyarankan Adam membawa Katrina berjumpa pakar sakit jiwa untuk membantu memulihkan Katrina.
Sarah pula cuba mendekatkan dirinya dengan Aidil.
Episod 11
Adam cuba memulihkan hubungannya Nur Amina. Nur Amina tidak sampai hati menceritakan hal yang sebenar tentang status perkahwinannya kepada Hajah kerana mengetahui Hajah mempunyai penyakit.
Aidil menemui Katrina di bilik hotel. Dia terkejut melihat Katrina tidak sedarkan diri di dalam bilik hotel.
Aidil memberitahu Adam tentang kejadian yang berlaku.
Episod 10
Ketika menjalani hukuman penjara, Adam mula sedar dan insaf dengan kesilapannya. Selepas dibebaskan, Adam kembali ke rumahnya dan berhasrat untuk membawa Katrina kembali ke pangkal jalan. Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Nur Amina nekad untuk menceritakan segala – galanya kepada keluarganya. Dia pulang ke kampong setelah sekian lama tidak kembali. Ketika tiba di kampong, Aidil menelefonnya dan memberitahu tentang kepulangan Adam.
Adam dan Katrina tiba di Malaysia. Aidil melarang Adam membawa Katrina bertemu dengan ibunya. Aidil meminta Adam menyelesaikan segala masalah yang telah timbul diantara dia dan Nur Amina.
Episod 9
Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya.
Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.
Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.
Episod 8
Adam dan Katrina berkahwin. Katrina memutuskan untuk berhenti belajar kerana ayahnya tidak lagi memberi wang pembiayaan. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka.
Aidil telah pun menjadi seorang peguam. Aidil di minta memberi ceramah di Universiti Islam Antarabangsa dan dia bertemu dengan Nur Amina selepas beberapa tahun.
Aidil menceritakan apa yang berlaku selepas pemergian Nur Amina dan Adam dari kampung. Nur Amina terharu dengan tindakan Aidil yang sanggup menipu untuk menjaga nama baiknya dan keluarga.
=============================================================
Saturday, September 05, 2009
Sinopsis Nur Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment