Pages

Sunday, February 07, 2010

Valentine Day-14 Febuari Perlukah Kita Meraikannya ?




Assalamualaikum Wbkt...jom kita lihat sejarah Valentines Day



Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,

Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Lagi:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Manakala di dalam Al-Quran pun ada disebut ..

Para kekasih dan teman akrab, pada hari itu, akan saling menjadi musuh di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa” [al-Dzukhruf 43: 67]

Sesungguhnya kenyataan-kenyataan para Ulama menjadi amaran kepada diri kita agar tidak sewenang-wenangnya menelan segala yang ditemui dan di dengari. Ada sesetengah kehidupan yang mana terdapat di tengah-tengah manusia yang hidupnya adalah pesta, gembira, joli sana dan joli sini tanpa menunggu hari dan masa yang tertentu. Oleh itu hendaklah kita berusaha memelihara diri dan Iman agar tidak mudah terkesan dengan perang psikologi 24/7 ini.



Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.


Semoga Allah mengurniakan kebaikan untuk kita semua.
Wallahu A'lam bi As-Sawaab.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...