Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yang lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yang mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yang mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yang di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yang terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap saya'ir dibawah ini 1)
Rejab bulan menabur benih
saya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
saya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
saya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
saya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
saya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yang tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yang dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yang mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yang bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yang terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yang terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yang di hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"(2)
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yang sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yang didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya 3)
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yang datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yang lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yang tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yang didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja (berpuasa) hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yang Sahih atau Hasan'. "
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yang berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah. saya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
"Barangsiapa yang solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yang berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yang besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yang Maha Mengetahui."
2) Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya (4):
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam saya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yang mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. saya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yang mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yang bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yang meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yang memasukkan apa! ! ! rkara yang berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yang berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar diatas perkara yang biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yang bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yang Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yang diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya.........."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr(5) mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yang bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yang baik atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan (mengkhaskan) malamnya berqiamullail". ! ! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yang didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yang kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnya
kalau dengan itu apa yang dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yang dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4) Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yang haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yang sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yang mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh(6).
..اللهم بارك لنا في شعبان .. وبلغنا رمضان
Friday, June 26, 2009
Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment