Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Bagaimana?. Show all posts
Showing posts with label Bagaimana?. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

Membuat dokumen pdf

Pada masa sekarang terdapat banyak e-book yang di hasilkan, kebanyakkan e-book ini, adalah berformat PDF, jadi persoalannya disini..macamana nak buat dokumen PDF? jom sama-sama kitateliti cara-cara membuatnya....

KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik.

Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel.


Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula.

Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.

Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.

Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.

Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma.

Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com

Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain.

Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.

Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:

1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.

2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.

3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan

4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.

5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.

6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com

7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.

Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen.

Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.

Monday, November 09, 2009

Buat panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit anda!

Buat panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit?? biar betul..hemm..kalau nak tahu lebih lanjut..bacalah seterusnya...
SETIAP hari ada saja kemudahan baru yang diwujudkan bagi memanfaatkan teknologi sedia ada. Kemudahan baru akan lahir apabila ia menepati tiga perkara iaitu prasarana, peralatan dan perisian.

Banyak model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi atau capaian Internet tanpa wayar. Jika pejabat anda mempunyai kemudahan Wi-Fi, pengguna boleh melayari laman web dengan mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit.


Dengan adanya telefon bimbit berupaya Wi-Fi, di pejabat pula ada kemudahan perkhidmatan Wi-Fi, setakat ini kita masih tidak membuat panggilan menggunakan telefon bimbit menerusi kemudahan Wi-Fi kerana sebelum ini tidak terdapat perisian yang membolehkan kita berbuat demikian.

Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di www.wifimobile.com

Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

Friday, November 06, 2009

Guna komputer sebagai interkom


Guna komputer sebagai intercom?? macamana tu...? kalau nak tahu lebih lanjut lagi, teruskan membacanya...

KOMPUTER
kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang 'Answer' sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7 sebagai jalan pendek. Jika anda ingin mengubah fungsi butang-butang yang diberikan, anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options Jika anda belum ada rakan untuk berinterkom, carilah rakan sebagai cubaan untuk kita mulakan interkom dari mana saja anda berada.

Saturday, October 31, 2009

How To Pick a Lock


Locked yourself out of the house? Most common pin and tumbler locks can be picked with a little luck and finesse—so before you call a locksmith, try this. This Video can explain you to open lock door or grill and so on..."PLEASE DONT DO THIS FOR CRIME ACTIVITY"










Tuesday, October 06, 2009

How to Active Kaspersky License Key

Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit ilmu tentang macamana nak Aktifkan license Key Kaspersky yang dah habis tempohnya, panduan ini juga bagi sesiapa nak jimat duit daripada beli Antivirus yang Original...ok ikut tutorial yang saya buat di bawah :-

1. Double klik icon Kaspersky
2. Klik License--->Delete (Key yang lama)
3. Klik Active the Aplication
4. Klik Active Using Key File--->Browse (cari Key yang anda simpan)
5. Klik Active--->klik Finish
6. Selesai
7. Jika key yang anda masukkan tadi telah di blacklist , Sila ulang semula Aktifkan key (step 2-5) pilih key baru pula.

Tutorial Bergambar (right klik)




Jika anda mahu license Key yang updated bolehlah ke laman blog saya insyallah akan saya buatkan ruangan license key yang updated.

Contoh license key boleh dapatkan disini

Sekian.

Wednesday, June 03, 2009

How to install Youtube Converter



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...