Pages

Wednesday, December 02, 2009

Ramai Wanita Berpura-Pura? Betul ke?? Jom Baca..


Dalam hubungan intim, puncaknya adalah orgasme. Bagi kaum wanita, orgasme sukar dicapai kerana memerlukan pemanasan dan rangsangan terlebih dahulu. Tetapi ramai lelaki, pada kebiasaannya, kurang mengendahkan fakta ini apabila mereka sedang panas mencapai orgasme. Idealnya, pasangan suami isteri harus mencapai orgasme serentak agar kedua-duanya menikmati puncak keghairahan.

Namun, apa yang terjadi, kaum lelaki biasanya mendapat orgasme dahulu. Lelaki yang normal (iaitu tidak mengalami masalah disfungsi seksual, kesihatan) akan mudah terangsang dan mengalami orgasme sementara wanita terpaksa menerima hakikat yang dia ketinggalan, tetapi diakui juga yang dia memperoleh orgasme agar tidak mengecilkan hati suaminya.

Tinjauan Durex mendapati 80% wanita berpura-pura mendapat orgasme, bahkan 39% di antaranya tidak pernah mengalami orgasme ketika bersanggama. Menurut satu penelitian lain, orgasme palsu sering dilakukan kerana 90% wanita menilai bahawa kaum lelaki tidak dapat membezakan di antara orgasme palsu dan asli.

Kebanyakan wanita tidak akan memberitahu hal ini kepada pasangan mereka kerana mempercayai orgasme palsu menambahkan kepercayaan diri pasangan mereka, padahalnya tidak.

Pada prinsipnya, lelaki dan wanita memiliki hak yang sama dalam mendapat kepuasan dan kenikmatan saat bersanggama. Oleh itu, pasangan suami isteri sebaiknya saling membimbing ke arah yang diinginkan dan mengutarakan bagaimana sebaiknya hubungan intim dilakukan. Para wanita jangan merasa malu untuk mengungkapkan apa yang dirasakan saat berhubungan dan apakah anda mencapai orgasme atau tidak.

Apakah betul tinjauan Durex tersebut? Hanya wanita sahaja yang dapat menjawabnya...amaada mengiyakanya atau menidakkanya...:)

credit to : gua

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...