Pages

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, January 30, 2010

Dunia Akhir Zaman!!


KOTA BHARU: Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya.

Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi.


Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS).


Pasangan itu dicekup berkhalwat dalam sebuah kereta Kancil di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, Tendong, dekat sini, petang kelmarin, Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, ustaz berusia lingkungan 30-an serta tidak diketahui status perkahwinan itu dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran beberapa kereta di belakang kenderaannya.


Namun, tindakannya untuk meloloskan diri gagal apabila kenderaannya berjaya dihalang kenderaan dinaiki ahli SRS itu menyebabkan dia ditahan bersama pelajar perempuan berusia 16 tahun.


Paling mengejutkan, ketika serbuan, ustaz terbabit yang dipercayai mengajar di sebuah sekolah menengah agama di sebuah daerah di negeri ini dikatakan dalam keadaan separuh bogel manakala pasangannya pula dalam keadaan kain terlondeh ke paras kaki.


Difahamkan sebelum kejadian, ustaz itu dikatakan baru menjemput pelajar berkenaan dari sekolahnya di Tumpat sebelum dibawa bersiar-siar dan singgah di kawasan sunyi berhampiran rumah usang tidak bernombor di tepi lebuh raya itu.


Difahamkan, kawasan itu sering dijadikan ‘markas maksiat’ beberapa pasangan kekasih. Sebaik memperkenalkan diri sebagai ahli SRS, ustaz terbabit merayu supaya dilepaskan memandangkan dirinya seorang guru, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus dibawa ke pejabat agama negeri bersama pasangannya.


Sementara itu, seorang ahli SRS berkata, sebelum tangkapan dilakukan, dia berada di rumah dan terdengar siren jentera bomba menyebabkannya bergegas mengejar kenderaan pasukan penyelamat itu.


Namun hasratnya untuk mengetahui kejadian lanjut terbantut apabila tidak dapat mengejar jentera bomba yang dipandu agak laju sebelum terpandang sebuah kereta jenis Kancil menghala masuk ke kawasan sunyi yang terletak berhampiran Kada Tanjung Puri itu.


“Saya menghampiri kawasan itu sebelum mendapati kenderaan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan terus menghubungi rakan-rakan lain.


Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka terkejut apabila mendapati, sepasang kekasih berada dalam keadaan memalukan apabila lelaki separuh bogel manakala gadis itu pula cuba menutup pahanya dengan komputer. “Pasangan itu kemudian dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK),” katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan dilakukan SRS terhadap pasangan terbabit.


Bagaimanapun butiran lanjut identiti sebenar individu yang ditangkap dalam kejadian itu belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pasangan berkenaan.

sumber: harian metro

P/s: Astagfirullah!!...

Thursday, January 28, 2010

Rahsia Usaha terancang Zionis


Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Sumber: Bharian

iPad Baru -Keluaran Apple




SAN FRANCISCO 28 Jan. - Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs semalam, melancarkan produk baru yang harus dimiliki oleh semua orang iaitu komputer tablet skrin sesentuh yang dikenali sebagai iPad.

Model iPad yang dinanti-nantikan sejak sekian lama itu mempunyai skrin berwarna berukuran 54.6 sentimeter dan menyerupai seakan iPhone yang bersaiz besar. Mempunyai ketebalan 1.3 sentimeter, berat 0.7 kilogram dan dilengkapi dengan sistem memori 16,32 atau 64 gigabait.

Model iPad yang termurah di pasaran serta dilengkapi dengan penyambungan Wi-Fi dan memori bersaiz 16 gigabait adalah berharga AS$499 (RM1,702) manakala model termahal yang dilengkapi dengan penyambungan 3G dan memori bersaiz 64 gigabait berharga AS$829 (RM2,827).

"Saya berpendapat setiap rumah perlu memilikinya.

"Ia adalah alternatif terbaik kepada komputer riba malah apa yang lebih menyeronokkan adalah ia memiliki kira-kira 140,000 aplikasi baru di App Store. Ia sungguh berbaloi," kata penganalisis Gartner, Van Baker.

Sementara itu, Apple memberitahu, versi iPad yang dilengkapi penyambungan Wi-Fi dan papan kekunci maya akan mula dipasarkan penghujung bulan Mac ini manakala model versi 3G pula dijangka berada di pasaran penghujung April tahun ini.

Dalam pada itu, Jobs yang menunjukkan model iPad yang memudahkan pemiliknya untuk melayari internet, memeriksa e-mel, bermain permainan video, mendengar muzik mahupun menonton video.

Jobs yang berbadan kurus tetapi kelihatan sihat berkata, Apple sudah melancarkan iBookstore khas untuk iPad dan menggambarkan kemampuannya sebagai sebuah medium bacaan elektronik seperti buku, akhbar dan majalah.

"Anda boleh menyimpan video hitam putih mahupun yang berwarna dalam iPad anda." katanya.

"Kami yakin iPad mampu menjadi e-buku yang terbaik bukan sahaja bagi buku yang popular malahan juga buku teks," tambahnya. - AFP

sumber:utusan online

Ulasan: Wah..canggih jugak iPad keluaran Apple ni, boleh menyaingi laptop mini..kena start kumpul duit untuk beli satu ni..:)

Friday, January 15, 2010

Novel Ketika Cinta Bertasbih 2

Sinopsis :

Novel ini seolah menjadi titik cahaya di tengah keraguan anak muda untuk teguh memegang prinsip-prinsip Islami dalam kehidupan mereka. Dengan bahasa yang lembut dan memikat, penulis mengajak kita semua untuk banyak merenung kembali betapa indahnya hidup dalam naungan Al-Quran

Dr. Faizah Ali Sibromalisi, M.A
Doktor Sakit Puan, Graduan Universiti Al-Azhar, Cairo
Pensyarah Pasca Sarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta

Jika anda ingin membaca novel cinta berliku yang bermotivasi dan mendidik, inilah novelnya, Ketika Cinta Bertasbih 2. Novel yang baik dan sangat menyentuh jiwa. Saya mengesyorkan novel ini sebagai salah satu rujukan pendidikan sastera yang harus dibaca oleh generasi muda.


Uswatun Hasana, S. Ph.D.
Guru Sasttera dan Bahasa Indonesia, SMAN 1 Salatiga

Ini adalah novel cinta sekaligus novel dakwah yang mencerdaskan minda dan penuh hikmah. Sangat membanggakan bahawa dwilogo Ketika Cinta Bertasbih 2 ini lahir jari jemasri emas sasterawan muda Indonesia yang begitu mencintai bangsa dan agamanya! Strong recommended untuk dihargai!

M. Junaidi, S.H., M.A
Pensyarah STRIKES Aisyiyah Surakata

Novel Ketika Cinta Bertasbih


Assalamualaikum Wbkt....

Kali ini Qassam nak berkongsi dengan pengunjung semua satu novel yang bertajuk "KETIKA CINTA BERTASBIH" dalam bentuk e-book.Sesiapa yang berminat bolehlah muat turun disini.

Thursday, January 07, 2010

Cerpen-Mama,Abah...Maafkan Kakak..


Aku merenung ke luar tingkap. Hujan di luar seperti hujan di hatiku. Sedih, duka bercampur menjadi satu. Manik-manik jernih mulai turun membasahi pipi. " Mama..abah, maafkan akak," bisikku sendiri. Tragedi 13 tahun lalu, ku sematkan sebaik mungkin di dalam hati ini. Biarlah aku menanggung kesepian ini sendiri. Semua ini salahku..andai aku tidak memulakan episod itu, pasti ia takkan berlaku...

* * * * *

13 tahun yang lalu.. " Akak, mari makan sayang. Makanan dah siap ni. Kalau sudah sejuk, tak sedap pula," laung mama dari luar kamarku.

Aku tersenyum girang. Itulah yang ku tunggu selama ini. Makanan yang sudah siap terhidang untukku dan keluarga. Sejam aku menghadap buku-buku, akhirnya tiba juga waktu rehat.

" Ye, mama. Akak datang nanti," suara lapan tahunku bernada riang.

Ketika aku melangkah ke ruang dapur, aku terdengar adikku bersorak gembira. Aku semakin hairan,

" Nak makan pun gembira sangat," ujarku kasar. Terdiam adik melihat reaksi aku. Kemudian dia berlari mendapatkan mama yang sedang mengandung.

"Mama masak apa hari ni?," soalku kepada mama lalu membuka tudung saji.

Mama hanya tersenyum." Mama masak laksa hari ni. Hari ini kan ulang tahun kelahiran adik..jadi mama masaklah makanan kegemaran dia," ucap mama sambil mengusap rambut adik dengan penuh kasih sayang.

"Mama, akak kan tak suka laksa. Kenapa mama masak makanan ni? Mama ni, macam tak faham akak kan? ," tiba-tiba, tanpa ku sedari kata-kata itu terucap dibibirku.

"Akak..ni, berkiralah. Setakat laksa, apa salahnya. Jangan cerewet sangat boleh tak?," marah adikku. Hatiku semakin panas mendengar kata-kata adik.

"Akak peduli apa? Akak nak juga makanan lain," keras kataku lalu aku cepat-cepat melangkah dari situ.

Mama dan adik terpinga-pinga melihatku begitu. Mama hanya mampu menggeleng, begitu sedih hatinya melihat anak yang dikandung 9 bulan lebih memilih makanan dari penat lelahnya.

-------------------------------------------------------

Aku mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Cepat saja jari-jemariku mendail nombor itu. Tet, tet. Tet, tet..

"Assalammualaikum, ni siapa?," soal suara ditalian.

"Abah, ni kakak," pantas saja aku menjawab. Tidak sabar menyatakan hasrat dihati.

"Ye, kak? Kakak nak apa telefon abah ni?," tanya abah lembut.

"Abah, akak lapar ni. Abah belikan makanan ye?," pujukku dengan nada minta dikasihani.

"Mama tak masak ke?," tanya abah kembali.

"Masak, tapi tak sedap. Akak tak sukalah makan laksa. Akak bukannya adik," jelasku dengan kasar.

"Ah..jangan nak mengada. Mama dah masak tu, makan sajalah. Kesian tau kalau akak tak makan apa yang mama dah masak. Kecil hati mama nanti," pujuk abah untuk menenangkanku.

"Abah ni..sama dengan mama. Langsung tak faham kehendak kakak!" aku terus mematikan talian dengan perasaan bengang.

"Sama je semua orang. Asyik fikir kehendak sendiri, kehendak aku siapa nak fikir? Tapi aku laparlah, kalau gastrik, susah ni," hatiku berbicara sendiri. Di saat itu, aku lebih memilih untuk mengunci pintu dan tidak mahu makan sehingga kehendakku ditunaikan. Sakit hati rasanya bila kehendak hati tidak ditunaikan.

-------------------------------------------------------

"Abang, macam mana ni? Akak tak makan lagi ni. Dia tak keluar dari bilik langsung. Abang, saya takutlah dia pengsan ke, gastrik ke," mama menunjukkan rasa risaunya kepada abah.

"Hish, awak ni. Tak ada apalah. Dia cuma merajuk je tu. Budak kecil memang macam tu," abah cuba memujuk mama walaupun abah sendiri khuatir dengan keadaan aku.

"Abang, apa kata kita pujuk dia lepas tu bawa dia pergi fast food. Jomlah bang," pujuk mama kembali. Abah hanya menggeleng.

"Iyalah..kita pujuk dia sama-sama, lepas tu bawa dia pergi fast food, okey?," akhirnya abah mengalah juga.

-------------------------------------------------------

Aku menguntum senyuman apabila berdiri di dalam restoran terkenal itu. Berjaya juga helahku.

"Akak nak beli apa?," tanya abah lembut. Aku lantas menyembunyikan senyumanku itu. Takut disedari oleh abah.

"Akak nak beli ayam goreng..lepas tu kentang putar , ehmm..apalagi ye? Haa..akak nak beli aiskrim coklat dengan chesee burger," pintaku tanpa memperdulikan abah.

Bagiku yang penting, apa yang ku hajati tercapai. Apalagi adik tidak ada untuk menggangguku. Sebelum pergi tadi, aku memujuk mama supaya meninggalkan adik di rumah untuk dijaga oleh nenek kerana adik sedang tidur. Abah dan mama saling berpandangan, akhirnya abah mengangguk tanda setuju.

-------------------------------------------------------

"Akak dah puas hati?," tanya abah setelah kami sekeluarga berada di dalam kereta.

"Sebenarnya, akak nak beli lagi..tapi cukuplah ni je," kataku acuh tak acuh.

Langsung tidak ada sedikit pun ucapan terima kasih yang meniti dibibirku. Mama terdiam. Dia tidak tahu ingin berkata apalagi.

"Abang, nanti singgah kedai bunga tu ye. Saya nak beli baja sikit," kata mama setelah abah menghidupkan enjin kereta.

"Okey..nanti.." belum sempat pun abah menghabiskan ayatnya aku mencelah.

"Tak boleh, akak dah lapar ni. Nanti gastrik siapa susah. Ma, kita pergi lain kali ye?." Mama tersentak mendengar kata-kata aku.

"Ye lah, kita tak payah pergi kedai tu. Kita terus balik rumah," balas mama.

Dia tidak mahu aku merajuk seperti tadi, kerana kasih sayangnya dia sanggup mengetepikan kehendak dirinya demi aku. Aku mengukir senyuman paling manis di dunia. Tidak sabar rasanya ingin ku nikmati kelazatan fast food ini. Hanya kerana fast food, aku sanggup mengecewakan hati mama.

"Abah, pinjam telefon bimbit boleh tak? Akak bosanlah. Akak nak main game," pujuk aku.

"Nah..." Tiba-tiba telefon itu jatuh dari tangan abah.

"Abah, telefon tu jatuhlah kat bawah kaki abah," ucapku dengan harapan abah mengambilnya. Abah hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon.

"Abah..cepatlah. Akak nak main game ni," marahku kepada abah.

"Abah sedang memandu kereta, bahayalah sayang. Akak main dekat rumah ye," pujuk mama.

"Akak nak main sekarang!," aku membentak.

Abah membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai telefon bimbit yang berada dikakinya.

"Susahlah," kata abah.

"Abang, tak payahlah. Jangan dilayan sangat akak ni," kata mama apabila melihat abah sedaya upaya abah cuba mendapatkannya Aku memuncungkan bibir apabila mama berkata begitu.

"Tak apelah, akak merajuk lagi nanti, " balas abah pula.

Tiba-tiba.... " TON!! TON!!!"

" Abang, ada lori depan tu!!!!," jerit mama apabila melihat sebuah lori kontena dari arah bertentangan sedang membelok ke simpang di hadapan kereta abah. Tapi semuanya sudah terlambat, abah tidak sempat menekan brek kereta.

* * * * *

"Akak, kenapa menangis ni?." kehadiran adik membuatkan aku tersedar daripada lamunan.

"Adik..," ucapku perlahan. Adik menyapu perlahan air mata yang mengalir dipipiku ini.

"Akak teringat arwah mama dengan abah ke?," duga adik. Aku mengangguk perlahan.

"Akak, sabarlah. Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Tiada siapa yang bersalah dan tiada siapa yang dipersalahkan. ALLAH sayangkan mereka. Mungkin dengan pemergian mereka kita lebih pandai berdikari dan lebih pandai menghargai seseorang itu selagi dia masih ada di dunia ini." Air mataku mengalir lebih deras tanda terharu mendengar kata-kata adik.

Adik yang dulu aku jauhi, kini dialah yang memberikanku semangat agar aku terus kuat berdiri tabah mengharungi dugaan hidup.

"Akak, kita doakan agar arwah abah dengan mama tenang di sana ye?," pinta adik.

"Amin," aminku di dalam hati. Abah, mama. Akak minta maaf di atas segala kesalahan akak pada abah dan mama. Akak tidak mampu mengubah segalanya. Kalau akak tahu apa yang bakal terjadi, akak tidak akan berbuat begitu sama sekali. Tetapi, siapalah akak. Akak berdoa supaya Maha Esa menempatkan abah dan mama ditempat hamba-Nya yang beriman. Amin.

Sumber: i Luv Islam

Wednesday, January 06, 2010

Kalendar 2010

Dapatkan kalendar yang cantik ini di laman blog Qassam( sila klik untuk besarkan gambar)

Tuesday, January 05, 2010

Mama..Maafkan Asri....


20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Amir, suamiku memberinya nama Asri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Amir mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Asri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Jasmin. Saya sangat menyayangi Jasmin, begitu juga Amir. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Asri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Amir berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Amir terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Jasmin 2 tahun, Amir meninggal dunia. Asri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Jasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Jamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Jamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Jasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Asri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Asri, makcik."

"Asri...? Asri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Asri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Asri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Asri, mama akan menjemputmu Asri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Jamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Jamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Asri.. Asri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Asri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Asri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Asri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Asri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Asri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Asri, ya? Mama, biarlah Asri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Asri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Jamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Asri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"


Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Asri, ampunkan mama nak!
Semoga menjadi pelajaran bagi kita semua. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Sumber:i Luv islam

Monday, January 04, 2010

Berapa Lamakah Kita Di Dalam Kubur??


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Wani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Wani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aminah Binti Mohd 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Wani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Wani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Wani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zabidi 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Wani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Wani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Wani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Wani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sumber:i luv islam.com

Sunday, January 03, 2010

Surat Dari Syaitan Untuk Ummat Manusia


SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh!, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Saturday, January 02, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Hi-Tea At Palace of The Golden Horses Mines Resort KL

Pada hari ini 2/1/2010 Jam 12.00 tengahari, telah diadakan satu majlis Tautan Ukhuwah BKGK SKBR 2008-2009 yang bertempat di Palace of The Golden Horses Mines Resort KL. Ramai guru SKBR yang hadir dalam majlis tersebut. Majlis Hi-Tea ini berakhir pada 5.00 petang.




Qassam Bersama Abe Die yang hensome


Tak lupa juga Ckgu Abu dan Azmi yang sentiasa macho..:)


Makan-makan sepuasnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...