Pages

Thursday, January 28, 2010

iPad Baru -Keluaran Apple




SAN FRANCISCO 28 Jan. - Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs semalam, melancarkan produk baru yang harus dimiliki oleh semua orang iaitu komputer tablet skrin sesentuh yang dikenali sebagai iPad.

Model iPad yang dinanti-nantikan sejak sekian lama itu mempunyai skrin berwarna berukuran 54.6 sentimeter dan menyerupai seakan iPhone yang bersaiz besar. Mempunyai ketebalan 1.3 sentimeter, berat 0.7 kilogram dan dilengkapi dengan sistem memori 16,32 atau 64 gigabait.

Model iPad yang termurah di pasaran serta dilengkapi dengan penyambungan Wi-Fi dan memori bersaiz 16 gigabait adalah berharga AS$499 (RM1,702) manakala model termahal yang dilengkapi dengan penyambungan 3G dan memori bersaiz 64 gigabait berharga AS$829 (RM2,827).

"Saya berpendapat setiap rumah perlu memilikinya.

"Ia adalah alternatif terbaik kepada komputer riba malah apa yang lebih menyeronokkan adalah ia memiliki kira-kira 140,000 aplikasi baru di App Store. Ia sungguh berbaloi," kata penganalisis Gartner, Van Baker.

Sementara itu, Apple memberitahu, versi iPad yang dilengkapi penyambungan Wi-Fi dan papan kekunci maya akan mula dipasarkan penghujung bulan Mac ini manakala model versi 3G pula dijangka berada di pasaran penghujung April tahun ini.

Dalam pada itu, Jobs yang menunjukkan model iPad yang memudahkan pemiliknya untuk melayari internet, memeriksa e-mel, bermain permainan video, mendengar muzik mahupun menonton video.

Jobs yang berbadan kurus tetapi kelihatan sihat berkata, Apple sudah melancarkan iBookstore khas untuk iPad dan menggambarkan kemampuannya sebagai sebuah medium bacaan elektronik seperti buku, akhbar dan majalah.

"Anda boleh menyimpan video hitam putih mahupun yang berwarna dalam iPad anda." katanya.

"Kami yakin iPad mampu menjadi e-buku yang terbaik bukan sahaja bagi buku yang popular malahan juga buku teks," tambahnya. - AFP

sumber:utusan online

Ulasan: Wah..canggih jugak iPad keluaran Apple ni, boleh menyaingi laptop mini..kena start kumpul duit untuk beli satu ni..:)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...