Pages

Thursday, July 02, 2009

Pindah Oh Pindah !.....

Tanggal 15 Jun 2009 , bermulalah lembaran baru dalam sejarah perkhidmatanku, permohonan tukarku telah diluluskan dan aku di tempatkan di SK Bandar Rinching. Pada mula-mula penempatanku adalah di SK Seri Utama Sungai Besar, aku bertugas disana selama lebih kurang 4 tahun setengah berjauhan dari anak dan isteri tercinta adakalanya ku berulang alik dari rumah ke sekolah yang memakan masa perjalanan selama 2 jam.
Aku bertolak seawal 4.30 pagi...yang mana, insan lain sedang lena di ulit mimpi..sedangkan aku bersengkang mata drive kereta menuju ke tempat kerja...semuanya aku lalui dengan tenang, Alhamdulillah kini aku boleh menarik nafas lega, kerana segala pengorbanan dan kesabaran aku selama ini di beri ganjaran oleh Allah S.W.T dengan menempatkan aku di sekolah yang hampir dengan anak dan isteriku...Alhamdulillah sekali lagi ku lafazkan ....Syukurku tidak terhingga kepada Allah S.W.T
SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH KU RAKAMKAN BUAT :-

-----> SELURUH WARGA SK SERI UTAMA SG. BESAR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...