SITI SARAH BINTI ABU BAKAR
merupakan adik kepada Nur Amina. Seorang yang manja, periang dan sering mengembirakan hati keluarganya. Akan tetapi hati Sarah mudah terguris dan jikalau Sarah mahukan sesuatu dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Gadis yang sedang melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sungai Burong, Tanjung Karang ini suka membaca majalah hiburan, berhias & juga mencantikkan diri di depan cermin.
Sarah yang berketinggian 5’4 dan dilahirkan pada 30 Oktober bercita-cita untuk menjadi pembaca berita, model untuk pakaian muslimah, pramugari, cikgu dan juga banyak lagi pekerjaan yang membolehkan Sarah memakai pakaian yang cantik. Akan tetapi salah satu cita-cita Sarah yang akan cuba diusahakan sehingga ianya tercapai adalah untuk mengahwini Aidil. Sarah akan berusaha sedaya upaya untuk menawan hati Aidil dan tiada siapa yang dapat menghalang termasuklah Nur Amina. Sikap manja Nur Amina
KATRINA ANNE CARLSON
dikenali sebagai seorang yang sangat sosial dan suka berkunjung ke kelab malam. Gadis kelahiran Sydney, Australia ini sedang melanjutkan pelajaran di University of Sydney, Australia di dalam bidang sastera. Katrina sangat menyayangi Adam dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Adam.
Katrina sentiasa menjadi penasihat kepada Adam apabila Adam menghadapi masalah. Sikap penggoda, romantik & manja pada Katrina yang membuatkan Adam tertarik kepadanya. Apabila tamat belajar Katrina ingin menjadi pensyarah.
NUR AMINA BINTI ABU BAKAR
merupakan pelajar ijizah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang senibina bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek wanita yang berjaya. Gadis yang dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor ini ingin membina sebuah bangunan yang bercirikan Islam apabila dia tamat pengajian kelak.
Gadis yang dilahirkan pada 2 Mac dan mempunyai ketinggian 5’3 ini suka berahsia dan sangat bersemangat apabila melakukan sesuatu kerja. Di samping sifat kerajinannya yang suka mentelaah, Nur juga gemar melukis. Apa sahaja ciptaan Allah yang dirasakan cantik akan Nur lukis.
Di samping rakan-rakannya Nur dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan sering dijadikan ‘role model’ dikalangan rakan-rakanya. Sifat hormat terhadap orang tua dan sabar dalam menghadapi segala masalah menjadikan Nur sangat disenangi.
Sikap sanggup berkorban demi orang yang tersayang membuatkan Nur merupakan anak yang paling disayangi oleh pasangan Imam Abu Bakar & Mak Ani. Nur sangat berpegang teguh kepada prinsip tiada kejayaan tanpa rintangan, tiada kebahagiaan tanpa kesedihan.
ADAM BIN HASSAN
merupakan anak kedua kepada pasangan Ustaz Hassan & Ustazah Khatijah. Dengan ketinggian 5’9 dan berat 73kg Adam sangat diminati oleh gadis-gadis dikampungnya. Lelaki berbintang Aries dilahirkan pada 7 April ini semasa kecil suka memberontak dan tidak mendengar kata ibu bapanya. Dia gemar berfoya-foya tetapi setia terhadap teman wanitanya yang bernama Katrina.
Walaupun Adam nakal tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam hidupnya. Adam yang ingin membuka sebuah firma arkitek sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Sydney, Australia
Walaupun Adam dibesarkan di dalam keluarga yang kuat kepada pegangan agama, Adam merupakan seorang yang panas baran, sombong dan bongkak. Dia juga tidak menghiraukan kata-kata nasihat ibu bapanya. Adam suka bertindak mengikut kata hatinya dan sangat berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
Meminati sukan bola sepak dan seni bina yang unik, Adam sangat berkeyakinan dan tiada siapa yang dapat menghalang cita-citanya. Walaupun Adam tidak rapat dengan ayahnya, Adam tetap menghormati ibunya dan makanan kegemarannya adalah sambal udang yang dimasak oleh ibunya.
AIDIL BIN HASSAN
merupakan seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya. Aidil mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga adalah seorang anak & abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya.
Di lahirkan di Sabak Bernam Aidil bercita-cita untuk membela nasib mereka yang tertindas dengan menjadi seorang peguam syariah. Lulusan jurusan ijazah sarjana muda syariah dari Universiti Al-Azhar, Cairo ini berpegang kepada prinsip bekerjalah untuk duniamu seolah kamu hidup selamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah kamu mati esok. Aidil mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang agama.
Aidil seorang yang taat kepada wanita yang dicintainya suka bermain bola dan melayari internet disamping gemar membaca buku. Walaupun Aidil sangat menyayangi Nur Amina, Aidil tetap merelakan Adam untuk memperisterikan Nur Amina. Pada Aidil wasiat terakhir Ustaz Hassan lebih penting daripada perasaannya terhadap Nur Amina.
credit to: tv3
Nyampah tol aku ngan si sarah kengkang ni! kiranya lakonan dia mmg betol2 menjadi! geram je aku!
ReplyDeletehehe..mesti sarah bangga..coz lakonan dia menjadi..:) thanks kak Ai, coz bg komen.
ReplyDeleteaaah..lakonan dia memang menjadi.. sebab buat bagi penonton benci dgn watak dia tu.
ReplyDeleteklau ikut drama nmpak sarah seorang yg busuk hati...xsemenggahlah...tp hakikatnye nur plak yg x semenggah di luar set...inilah dunia lakonan...
ReplyDeletenak buat macam mana zura.. dah diorang asal sana... cam tue la.. berlakon..hehe.. sarah tu cute!
ReplyDelete