Pages

Sunday, November 15, 2009

Lebih bertenaga, lebih berpotensi,Lembut,Licin,Bergerak dengan Laju

Selepas beberapa kontroversi dan kritikan yang dilontarkan mengenai prestasi Windows Vista daripada gergasi perisian, Microsoft, mereka terus beralih kepada perisian seterusnya, Windows 7.



Ada pihak mendakwa Microsoft panik dengan kegagalan Windows Vista menyebabkan mereka mahu memperkenalkan Windows 7 walaupun Vista baru setahun jagung di pasaran.

Walau apa sekali andaian masyarakat, syarikat di bawah kuasa Bill Gates itu menyedari Windows 7 sebagai aura baru dalam dunia perkomputeran yang menyimpan teknologi jauh berbeza jika dibandingkan dengan Vista.

Pengurus Besar, Kumpulan Pelanggan Windows, Microsoft Asia Pasifik, Richard Francis, menjelaskan syarikatnya menjanjikan kelainan untuk OS Windows 7 dengan mengatakan ia jauh lebih handal serta inovatif.

"Berdasarkan maklum balas, kami yakin Windows 7 jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Vista," katanya.

Tambahnya, kajian Microsoft turut menjelaskan majoriti pengguna akan mengesyorkan Windows 7 kepada rakan mereka selepas berpuas hati dengan prestasi yang mengagumkan.

"Berdasarkan maklum balas orang ramai, Microsoft menjadikannya jauh lebih baik termasuk keupayaan penukaran program sehingga merakam televisyen.

Menurut Francis, Microsoft menerapkan teknologi sama dalam Vista yang dimasukkan ke Windows 7 tapi ia menutup segala kelemahan yang dirasai menerusi Vista.

Ia dikatakan memudahkan pelayaran komputer peribadi (PC) serta

keupayaannya berhubung dengan dunia lain.

Microsoft bersedia memperkenalkan kemuncak generasi perisian akan

datang yang direka bagi mengatasi rungutan mengenai perisian OS Vista

keluarannya yang memberikan persaingan kepada pesaing utamanya, Google.

Versi Windows 7 yang dibangunkan itu dipertontonkan di Singapura baru-baru ini pada satu sesi pengenalannya di Asia Tenggara yang menyaksikan pelbagai kelebihan kepada pengguna pada masa akan datang.

Antara ciri kelebihan Windows 7 termasuk membolehkan orang ramai menjadikan komputer lebih menuruti kehendaknya dan menyediakan rangkaian yang boleh dihubungkan dengan telefon mudah alih, pencetak, gambar digital, komputer dan perkakasan pintar lain.

Windows 7 direka bentuk untuk menjadikan semua tugasan harian membabitkan komputer lebih pantas dan menampilkan ciri baru sambil memfokus terhadap aplikasi dan kepelbagaian kesesuaian penggunaan perkakasan itu.

Paling mengagumkan, Windows 7 mampu disesuaikan untuk peranti netbook yang sebelum ini banyak bergantung kepada XP sekiranya mahu beroperasi dengan lebih pantas.

Kebiasaannya netbook di pasaran mempunyai kapasiti memori satu gigabait ekoran saiznya yang kecil.

Kalau dilihat di kedai jualan netbook, pengguna akan mendapati ia jarang dipadankan dengan Windows Vista atas beberapa sebab termasuk ketidakupayaan menampung kapasiti memorinya yang besar.

Namun, Windows 7 menjadi perisian menarik menggantikan XP memandangkan sistem operasi terbabit menggunakan memori jauh lebih rendah berbanding Vista.

Kita perlu menyedari pasaran netbook semakin meluas dan ia dijangka antara peranti teknologi utama yang dibeli pengguna pada masa akan datang berikutan saiz kecilnya mudah dibawa ke mana saja.

Bagi penggemar permainan video pula, Windows 7 mempunyai sistem operasi paling cocok memandangkan perisian itu membenarkan kawalan grafik berkuasa tinggi ditambah keupayaan definisi tinggi (HD).

Jika sebelum ini pengguna kurang berpuas hati dengan pergerakan lembap karektor dalam permainan, Windows 7 membantu mengurangkannya dengan capaian inovasi yang diperbaharui dalam perisian terbabit.

Bagi dunia perniagaan pula, Windows 7 adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang dihadapi mengakibatkan banyak organisasi masih mengekalkan XP sebagai sistem operasi utama.

Ketua Pegawai Pemasaran Microsoft Asia Pasifik, Andrew Pickup berkata Windows 7 mampu membuatkan organisasi bertukar sistemnya walaupun sebelum ini mereka menolak untuk menggunakan Vista.

"Kebanyakan syarikat tidak bertukar kepada Vista kerana tidak yakin dengan kestabilannya namun apabila mencuba Windows 7, mereka akan menukarnya dari XP sedia ada," katanya.

Beliau berkata, ia berikutan Windows 7 menawarkan tahap kecekapan yang jauh lebih tinggi berbanding Windows Vista.

"Kajian dilakukan ScriptLogic menunjukkan 41 syarikat di rantau Asia akan menukar ke Windows 7 dalam tempoh setahun melebihi kadar penembusan XP ketika ia dilancarkan," katanya.

Menurut Pickup, Microsoft optimis mengenai masa depan Windows 7 yang mampu disesuaikan dalam suasana perniagaan.

Salah satu syarikat yang mencuba Windows 7 dalam suasana perniagaan mereka termasuk organisasi berteraskan minyak dan gas dari Indonesia iaitu Medco E&P Langsa Ltd yang berpuas hati dengan prestasi sistem itu.

"Syarikat kami yang mempunyai 2,000 tenaga kerja menggunakan Windows 7 dan kami nampak perubahan ketara yang membantu dalam penjimatan kos syarikat," kata Pengurus Hubungan Perniagaannya, Ageng Wiryawan.

Katanya, antara peningkatan tahap kecekapan yang diperoleh termasuk penjimatan kos operasi kerana Windows 7 menggunakan keperluan sistem rendah yang memanjangkan tempoh pemilikan komputer peribadi (PC).

Dalam pada itu, Pickup menjangkakan penambahan jualan PC sekitar 10 peratus selepas Windows 7 diperkenalkan dan menganggarkan lebih 83 juta PC bersamaan dengan 60 peratus akan menggunakan Windows 7 dalam tempoh terdekat.

Daripada PC kepada Web seterusnya telefon dan dari pelayan kepada semua sistem lain, Microsoft terus memfokus pengalaman penciptaan generasi seterusnya yang mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain.

Windows 7 mempunyai ciri yang memudahkan tugasan harian antaranya:



Taskbar diperbaharui dengan previu skrin penuh

Taskbar yang terletak di bahagian bawah skrin digunakan untuk

melancarkan program dan menukarnya apabila ia dibuka. Ini bermakna anda

akan dapat melihat visual ikon dipilih sebelum membukanya.

Pembaharuan desktop Ia memberi peluang kepada anda menyusun ikon di

permukaan skrin termasuk membukanya, menutup, mengubah saiz dan

mengemaskininya.

Carian Windows

Windows 7 memudahkan carian subjek dalam PC dengan membahagikannya

mengikut segmen tertentu seperti dokumen dan muzik dengan satu klik saja.

Internet Explorer 8

Semestinya ia diperbaharui bagi memudahkan pelayaran `online' pantas

seperti alamat bar, carian, `tabs' dan bar `Favorites.'

Pengurusan perkakasan lebih baik

Kalau dulu, sebarang ikon di My Computer agak `kosong' tanpa grafik namun dengan keupayaan Windows 7 baru, ia mampu mengecam perkakasan yang disambungkan ke PC.

Microsoft juga berusaha mengenal pasti keupayaan prestasinya yang dipertingkat menerusi Windows 7 agar ia tidak berkompromi dengan kehendak pengguna.

Melalui sistem baru di bawah Windows 7, PC akan dibuka, ditutup, bersedia dan memberi respons dengan pantas yang mendapat maklum balas daripada pengguna sebelum ini.

Selain itu, ia jauh berbeza dengan Windows XP apabila Microsoft memajukan jangka hayat bateri dengan menambah sistem penjimatan tenaga untuk kecerahan paparan dan penggunaan tenaga minimum untuk memainkan pemain DVD.

Kali ini, Microsoft juga mahu mengurangkan sistem amaran membabitkan `pop-up' memberi ingatan kepada pengguna walaupun ia tidak serius berbanding pop-up yang sering terpampang.

Bagai bulan jatuh ke riba apabila mendengar ciri hiburan menggunakan Windows 7 yang bersedia untuk menampilkan fungsi ajaibnya terutama membabitkan televisyen menggunakan PC, filem dan video.

Ia membabitkan penukaran besar-besaran antaramuka hiburan yang memberi impak kepada emosi pengguna ketika berhibur.

Bagi tujuan keselamatan pula, Windows 7 menampilkan ciri `Action Centre' yang memberi peringatan kepada pengguna terhadap kemas kini dan akses kepada pemulihan serta penyelesai masalah (troubleshooting) menggunakan kemudahan pemulihan disediakan.

Tidak dilupakan, Windows 7 dijangka akan menitikberatkan fungsi skrin sesentuh yang kian didapati dalam mana-mana perkakasan di dunia ini menjadikannya lebih mesra pengguna.

Kehadiran Windows 7 bertepatan dengan aplikasi sentuhan seperti hasil kajian menyentuh hubungan antara pengguna dan mesin yang dijelaskan secara disiplin ilmu dalam Interaksi manusia-komputer (Human- Computer Interaction-HCI)


My Desktop cantik tak?

# Qassam telah install Perisian Windows 7 (ultimate) dalam Laptop, Alhamdulillah Windows 7 adalah yang terbaik..lebih baik dari Vista (suck), tahniah Micro$oft!

# Ciri-ciri grafiknya memang tip-top..:)

# kepada sahabat pembaca semua, kalau ada yang dah pakai Windows 7 ni... bolehlah berkongsi pengalaman kat sini bagilah komen dekat entry ini.

credit to: Hmetro

4 comments:

  1. salam Qassam

    kak belum pakai windows 7 ni.. tak leh la kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  2. he he...
    kwe pun dah guno jendela tujuh nih. meme licin. laptop kawe cumo ado memori 256 jah. tapi operasi dio pergh.

    wei bila demo nok guno ye ori and full version.

    ReplyDelete
  3. to-Werdah, kalau aka blum pakai..bolehlah try..grenti x menyesal punya..:)

    to-aref,tahniah aref coz dah guna win7, kawe guna hok lanun dulu..nak test ,kalau ada rezeki lebih kawe beli hok ori..malas nak kayo ko Bill Gate$

    ReplyDelete
  4. assalamualakuum...
    ermmm...ana pakai Windows 7 Ulltimate..grafik ok..n apa2 pn ia byk mmudahkan ana..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...