Sinopsis episod 25
6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu....
P/s: Episod Akhir akan menyusul akan datang...
Friday, November 20, 2009
Jelajah Dunia Nur Kasih Episod 25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x sabar nak tunggu episode last..=))
ReplyDeletetapi nanti dah xde cte nurkasih lagi nak ditengok mlm jumaat..huhu
tunggu yer, saya akan masukkan entry untuk sinopsis Akhir Nur Kasih..dalam entry akan datang
ReplyDeletesedih la sbb nur kasih dah nak habis...huhuhu
ReplyDelete