Pages

Wednesday, November 11, 2009

Jelajah Dunia Nur Kasih Episod 24


Sinopsis Nur Kasih Episod 24

Nur Amina melihat berita yang disiarkan di televisyen tentang hotel di Mumbai di tawan. Nur Amina teringatkan Adam yang menginap di sana. Hajjah segera memanggil Aidil yang ketika itu baru keluar dari rumah.

Dato’ ingin membantu Aidil dan Nur Amina mencari maklumat tentang Adam di Mumbai.

Aliya pulang dari seminar lebih awal dari yang dijadualkan. Setibanya di rumah, Aliya melihat Nur Amina dan Aidil di dapur. Aliya berang kerana menyangka Aidil mempunyai hubungan dengan Nur Amina.

Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya.

Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita.

Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang....

P/s: Nantikan sinopsis Episod Akhir Nurkasih pada minggu depan.

1 comments:

  1. alahai..mmg tak ikut pun citer ni..tak sanggup nak tunggu berbulan2 utk dptkan citer ni sampai abes..hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...