Berikut adalah tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulkhatimah ( Pengakhiran yang baik).
1. Sempat mengucap 2 kalimah syahadah.
2. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah SAW : "Bahawa matinya seorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi," Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.
3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah
5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:-
- Akan di ampuni serta merta dosanya, serta diperlihat tempat duduknya di syurga.
- Aman dari ketakutan yang amat besar dan dahsyat.
- Diselamatkan dari siksa kubur.
- Diperhiasi dengan iman.
- Dikahwini dengan ramai bidadari
- Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.., Riwayat oleh Termizi, Ahmad dan ibnu Majah.
6. Mati kerana melahirkan anak.
7 Mati kerana penyakit Taun, Sabda Rasulullah SAW:"Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin"(hendaklah dia bersabar menanggungnya) Riwayat oleh Muslim
8. Mati akibat sakit perut, maka ia mati syahid, sabda Rasulullah SAW:"dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid" Riwayat oleh muslim.
9. Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
10. Mati terbakar. diriwayatkan oleh Tabrani
12. Mati kerana sakit TB
13. Mati akibat luka perang di jalan Allah
14. Mati Akibat mempertahankan harta
15. Mati ketika mempertahankan diri.
16. Mati ketika bersiap sedia berperang di jalan Allah
17. Mati ketika menuntut ilmu(ilmu yang dibolehkan islam)
Berkata Abu laith,:" Barangsiapa ingin selamat dari siksa kubur, maka haruslah melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:-
- Menjaga solat 5 waktu
- Banyak bersedekah
- banyak membaca Al-Quran
- Banyak bertasbih memuji Allah
- Meninggalkan dusta
- Meninngalkan sikap khianat
- meninggalkan sikap mengadu- domba
- menjaga kencing
Alhamdulillah bermanfaat..semoga kita tergolong dlm pengakhiran yg husnulkhatimah,insyallah~
ReplyDeleteSalam ziarah. Blog anda sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.
ReplyDeleteZuki (zukidin.blogspot.com)
Salam Qassam.
ReplyDeleteKena ikhtiar sungguh2 utk dptkan husnul khatimah. mudah2an kita memperolehnya.. amiin
to-werdah,rAtu saLju,juk,Wslm,insyallah marilah kita pakat2 berusaha bersungguh2 bagi menggapai impian SYAHID ,dan pengakhirang kehidupan di dunia ini dengan Husnul Khatimah..
ReplyDeleteSaya agak tekeliru dengan mati kerana taun, dan sakit perut, kenapa ia dikatakan mati syahid? harap saudara dapat jelaskan dengan hujah dan dalil-dalil yang lebih kukuh, kerana saya insan jahil!
ReplyDeletethis is teh troll: Altantunya mati shahid ke, kena C4 dgn burn baby burn!
Dalil tentang mati kerana penyakit Taun ada di sebut didalam hadis nabi S.A.W :-
ReplyDelete1- Mat'uun : iaitu yang mati kerana sebab penyakit/wabak taun.
2- Mabtuun : iaitu yang mati kerana sakit perut seperti cerit-birit, kembung dsb.
3- Ghariq : iaitu yang mati kerana tenggelam/mati lemas.
4- Sohibul hadim : iaitu yang mati terhempap sesuatu seperti bangunan runtuh.
5- Hariq : iaitu yang mati kebakaran.
6- Al-maratu tamutu bi jam'in : iaitu perempuan yang mati dalam keadaan hamil
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan, dia mendapati sebatang dahan berduri lalu membuangnya. Allah berterima kasih padanya dan mengampuninya. Baginda bersabda lagi: Mereka yang mati syahid itu ada lima golongan: Mereka yang mati kerana taun, mereka yang mati kerana sakit di dalam perut, mereka yang mati lemas, mereka yang mati di bawah runtuhan bangunan dan mereka yang mati kerana berjuang di jalan Allah
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Mati kerana penyakit taun merupakan syahid bagi setiap orang muslim